Rabu, 25 Januari 2017


(DUB 1012) PENGAJIAN MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA.


PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA KUMPULAN :
1.    ZUR AIM BINTI DERAMAN, 02DKA16F2044
2.     AIDA ZAHRINA BINTI MOHAMAD FADEL, 02DKA16F2038
3.    ATHIRAH NUR IZZATI BINTI ROSDI, 02DKA16F2027
4.     INTAN NORSUZIELA BINTI MOHAMAD NASIR, 02DKA16F2025 

KEMASUKAN : DISEMBER 2016



ISI KANDUNGAN


BIL

ISI KANDUNGAN


1.0
PENGENALAN

2.0
LATAR BELAKANG SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI MELAKA

3.0
PERKAHWINAN

4.0
PENGISLAMAN RAJA DAN GOLONGAN BANGSAWAN

5.0
PENAKLUKAN

6.0
PERANAN PUSAT KEBUDAYAAN

7.0
PERANAN MUBALIGH

8.0

PERASAAN ANTI SISTEM KASTA


9.0
KESAN PERANG SALIB

10.0
KESIMPULAN


11.0
RUJUKAN


12.0
LAMPIRAN




1.0 PENGENALAN


Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400M .Apabila Parameswara telah Berjaya membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
2.0 Latar Belakang Sebelum Kedatangan Islam Di Melaka

Sebelum kedatangan Islam di Melaka, masyarakat Melayu mempercayai kepercayaan seperti animisme dan Hindu-Buddha yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kehidupan mereka penuh dengan unsur kepercayaan tahyul dan karut seperti roh dan jiwa. Sebaliknya kedatangan Islam telah menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat Melaka. Islam merupakan sebuah agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam semua zaman. Islam adalah berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak yang memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan agama Islam mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam aspek sosial, Islam menegaskan bahawa tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah S.W.T. Islam memberi jaminan dan keadilan sosial kepada umatnya tanpa membezakan antara yang kaya atau miskin. Malahan Islam sentiasa menanamkan sifat-sifat Mahmudah (terpuji) dan mengelakkan sifat-sifat Mazmumah (tercela). Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam mengharamkan umatnya menipu dan melakukan riba' sebaliknya Islam mempunyai peraturan tertentu yang berlandaskan hukum Islam seperti mu'amalat, zakat dan sebaginya. Dalam aspek politik, Islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah ianya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan negara. Keadaan ini menyebabkan Islam mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum ini dipengaruhi kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit terutama sistem kasta yang menyukarkan keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.

              Di samping itu, perdagangan merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam proses mengembangkan dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang Arab, Parsi, India dan Melaka telah berdagang sesama mereka sejak beberapa kurun sebelum Masihi hingga ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi. Mereka telah berjaya mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan hubungan baik dengan para pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan lain seperti Perlak, Pasai dan Aceh. Terdapat segelintir daripada pedagang-pedagang tersebut menetap sementara untuk menyebarkan dakwah kepada rakyat Melaka. Seterusnya, Islam mungkin tersebar di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak awal abad Hijrah lagi menurut T. W. Arnold. Kemungkinan ini berdasarkan laporan pedagang-pedagang Arab yang telah berdagang dengan Melaka dan China. Kedudukan strategik Melaka sebagai sebuah pelabuhan maritim yang bertaraf antarabangsa telah menggalakkan pedagang Arab, Parsi dan India berdagang di Melaka. Sementara menunggu perubahan angin monsun, para pedagang dari Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai pusat persinggahan. Pedagang-pedagang Arab secara tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiyyah melalui persinggahan ini. Sebahagian mereka menjadi guru agama dan menjadikan surau dan masjid sebagai tempat pengajian agama. Selain itu, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Gujerat, Palembang, Jawa dan China kerana kemudahan perdagang yang baik dan keselamatan yang terjamin. Ini menjadikan Melaka sebagai tempat pertukaran barang-barang di mana ianya telah menarik perhatian saudagar-saudagar Islam dari Arab dan India untuk berdagang ke Melaka.

             Tambahan pula, kekaburan agama Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka. Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami walaupun telah tersebar ke Melaka semenjan berabad-abad. Ajaran Hindu juga lebih mentikberatkan soal dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan penganut-penganut agama tersebut. Sebaliknya agama Islam adalah salah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh semua golongan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman seseorang itu telah diterima. Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun. Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam. Jika diteliti dengan lebih mendalam, golongan ulama' dan ahli sufi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan agama Islam ke Melaka. Sifat mereka yang mudah bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menarik minat penduduk tempatan untuk mempelajari Islam. Sehubungan dengan itu, suasana harmoni yang terjalin di dalam perhubungan antara ulama' dengan golongan saudagar yang telah memeluk Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar. Para ulama' berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti Perlak, Samudera Pasai, Acheh, Melaka dan sebagainya. Contohnya, dalam kerajaan Acheh, lahir ramai tokoh-tokoh ulama' yang berperanan penting dalam menyebarkan Islam. Antaranya ialah Hamzah Fabsuri, Nuru al-Din al-Raniri, Abdul al-Rauf Singkel dan Syams al-Din al-Sumatra. Mereka telah hasilkan banyak karya-karya berbentuk keagamaan. Kerajaan-kerajaan Islam seperti Perlak, Pasai, Melaka dan Acheh wujud pada abad ke-14, 15 dan 16. Penyebaran Islam menjadi semakin pesat oleh kerana wujudnya kerajaan-kerajaan tersebut. Faktor penentangan kuasa Kristian seperti Portugis telah membawa kepada perkembangan Islam di Melaka dengan lebih pesat lagi.


3.0 Perkahwinan

Sehubungan dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka. Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan golongan kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti gologan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri. Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.


4.0 Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan

Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.

Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di Asia Tenggara.Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani. 

Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah danHikayat Patani tentang pengislaman Patani.

Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.