3.0 Perkahwinan
Sehubungan
dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka.
Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan golongan kaya raya.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.
Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan
untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan
puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam
berdakwah secara terus dengan kaum kerabat
mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila
pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti gologan
bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai
peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik
dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran
Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana
tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari
Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila
pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan
yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam
sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri.
Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di
Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada
abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang
dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan
pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai
bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah
mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam
kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam.
Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat
menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur,
Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya
Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan