4.0 Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam
di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara
memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam
masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep
taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.
Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan
pemerintah yang berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam,
raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul
konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan
tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di
Asia Tenggara.Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau
pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana
meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat
kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata
mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas
dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.
Sejarah Melayu mengesahkan bahawa
apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh
pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah danHikayat Patani tentang pengislaman Patani.
Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama
mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah
saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan
sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri
daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan
kekayaan yang mereka miliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan