Ahad, 19 Februari 2017
Rabu, 25 Januari 2017
(DUB 1012) PENGAJIAN MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA.
PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA KUMPULAN :
1.
ZUR AIM BINTI DERAMAN, 02DKA16F2044
2.
AIDA ZAHRINA BINTI MOHAMAD FADEL, 02DKA16F2038
3.
ATHIRAH NUR IZZATI BINTI
ROSDI, 02DKA16F2027
4.
INTAN NORSUZIELA BINTI MOHAMAD NASIR,
02DKA16F2025
KEMASUKAN : DISEMBER 2016
ISI
KANDUNGAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
|
1.0
|
PENGENALAN
|
|
2.0
|
LATAR
BELAKANG SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI MELAKA
|
|
3.0
|
PERKAHWINAN
|
|
4.0
|
PENGISLAMAN
RAJA DAN GOLONGAN BANGSAWAN
|
|
5.0
|
PENAKLUKAN
|
|
6.0
|
PERANAN
PUSAT KEBUDAYAAN
|
|
7.0
|
PERANAN
MUBALIGH
|
|
8.0
|
PERASAAN ANTI SISTEM KASTA
|
|
9.0
|
KESAN
PERANG SALIB
|
|
10.0
|
KESIMPULAN
|
|
11.0
|
RUJUKAN
|
|
12.0
|
LAMPIRAN
|
1.0 PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang
putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400M .Apabila
Parameswara telah Berjaya membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi
seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan,
hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep
‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan
pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka
telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409
dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.Kegemilangan Melaka terus
dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa
pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya
bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada
tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
2.0 Latar Belakang Sebelum Kedatangan Islam Di Melaka
Sebelum kedatangan Islam di Melaka, masyarakat
Melayu mempercayai kepercayaan seperti animisme dan Hindu-Buddha yang diwarisi
daripada nenek moyang mereka. Kehidupan mereka penuh dengan unsur kepercayaan
tahyul dan karut seperti roh dan jiwa. Sebaliknya kedatangan Islam telah
menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat Melaka. Islam merupakan sebuah agama
yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam semua zaman. Islam adalah
berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak yang memberikan kebahagian di
dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan agama Islam mudah diterima dan difahami
oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam aspek sosial, Islam menegaskan bahawa
tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah
S.W.T. Islam memberi jaminan dan keadilan sosial kepada umatnya tanpa
membezakan antara yang kaya atau miskin. Malahan Islam sentiasa menanamkan
sifat-sifat Mahmudah (terpuji) dan mengelakkan sifat-sifat Mazmumah (tercela).
Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam mengharamkan umatnya menipu dan
melakukan riba' sebaliknya Islam mempunyai peraturan tertentu yang berlandaskan
hukum Islam seperti mu'amalat, zakat dan sebaginya. Dalam aspek politik, Islam
menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah ianya akan membawa
kepada kehancuran masyarakat dan negara. Keadaan ini menyebabkan Islam
mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum ini dipengaruhi
kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit terutama sistem kasta yang menyukarkan
keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.
Di samping itu, perdagangan merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam proses
mengembangkan dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang Arab,
Parsi, India dan Melaka telah berdagang sesama mereka sejak beberapa kurun
sebelum Masihi hingga ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi.
Mereka telah berjaya mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan hubungan
baik dengan para pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan lain
seperti Perlak, Pasai dan Aceh. Terdapat segelintir daripada pedagang-pedagang
tersebut menetap sementara untuk menyebarkan dakwah kepada rakyat Melaka.
Seterusnya, Islam mungkin tersebar di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak awal
abad Hijrah lagi menurut T. W. Arnold. Kemungkinan ini berdasarkan laporan
pedagang-pedagang Arab yang telah berdagang dengan Melaka dan China. Kedudukan
strategik Melaka sebagai sebuah pelabuhan maritim yang bertaraf antarabangsa
telah menggalakkan pedagang Arab, Parsi dan India berdagang di Melaka.
Sementara menunggu perubahan angin monsun, para pedagang dari Timur dan Barat
menjadikan Melaka sebagai pusat persinggahan. Pedagang-pedagang Arab secara
tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiyyah melalui persinggahan ini.
Sebahagian mereka menjadi guru agama dan menjadikan surau dan masjid sebagai
tempat pengajian agama. Selain itu, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari
Gujerat, Palembang, Jawa dan China kerana kemudahan perdagang yang baik dan
keselamatan yang terjamin. Ini menjadikan Melaka sebagai tempat pertukaran
barang-barang di mana ianya telah menarik perhatian saudagar-saudagar Islam
dari Arab dan India untuk berdagang ke Melaka.
Tambahan pula, kekaburan agama
Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka. Agama Hindu merupakan
satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami walaupun telah tersebar ke
Melaka semenjan berabad-abad. Ajaran Hindu juga lebih mentikberatkan soal
dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Keadaan
ini telah menjejaskan kepercayaan penganut-penganut agama tersebut. Sebaliknya
agama Islam adalah salah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh
semua golongan. Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi
Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman seseorang itu telah diterima.
Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan
seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun.
Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam. Jika diteliti
dengan lebih mendalam, golongan ulama' dan ahli sufi juga memainkan peranan
penting dalam perkembangan agama Islam ke Melaka. Sifat mereka yang mudah
bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menarik
minat penduduk tempatan untuk mempelajari Islam. Sehubungan dengan itu, suasana
harmoni yang terjalin di dalam perhubungan antara ulama' dengan golongan
saudagar yang telah memeluk Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar.
Para ulama' berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti
Perlak, Samudera Pasai, Acheh, Melaka dan sebagainya. Contohnya, dalam kerajaan
Acheh, lahir ramai tokoh-tokoh ulama' yang berperanan penting dalam menyebarkan
Islam. Antaranya ialah Hamzah Fabsuri, Nuru al-Din al-Raniri, Abdul al-Rauf
Singkel dan Syams al-Din al-Sumatra. Mereka telah hasilkan banyak karya-karya
berbentuk keagamaan. Kerajaan-kerajaan Islam seperti Perlak, Pasai, Melaka dan
Acheh wujud pada abad ke-14, 15 dan 16. Penyebaran Islam menjadi semakin pesat
oleh kerana wujudnya kerajaan-kerajaan tersebut. Faktor penentangan kuasa
Kristian seperti Portugis telah membawa kepada perkembangan Islam di Melaka
dengan lebih pesat lagi.
3.0 Perkahwinan
Sehubungan
dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka.
Ramai saudagar yang datang ke Melaka merupakan golongan kaya raya.
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.
Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan
untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan
puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam
berdakwah secara terus dengan kaum kerabat
mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila
pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti gologan
bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai
peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik
dan menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah di samping mengalakkan penyebaran
Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana
tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari
Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkannya apabila
pulang ke tempat asal mereka. Kemudan, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan
yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam
sebagai tanda taat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan negeri.
Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di
Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada
abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang
dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan
pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Melaka. Berbagai-bagai
bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah
mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam
kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam.
Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat
menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur,
Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya
Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.
4.0 Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam
di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka, Parameswara
memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Dalam
masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat Melayu khasnya terdapat konsep
taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai daulat dan derhaka.
Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan
pemerintah yang berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam,
raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul
konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam, akan
tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan cepat dan mudah di
Asia Tenggara.Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau
pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan kerana
meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata kerana taat
kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan untuk rakyat jelata
mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama Islam. Kes-kes ini jelas
dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.
Sejarah Melayu mengesahkan bahawa
apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, baginda telah diikuti oleh
pembesar-pembesar dan rakyanya. Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah danHikayat Patani tentang pengislaman Patani.
Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama
mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah
saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan
sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri
daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan
kekayaan yang mereka miliki.
5.0 Penaklukan
Penaklukan
juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di
Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh
sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum
Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam
kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang
ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan
dengan lebih berkesan lagi.
Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam
catatan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya
dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Namun peperangan bukanlah satu cara yang digunakan
untuk menyebarkan Islam seperti yang didakwa oleh Barat, meskipun ada
penaklukan yang berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan paksaan.
Memang banyak peperangan yang berlaku yang embawa
kepada pengislaman wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan Islam. Sebagai contoh,
penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah menyebabkan negeri itu menerima
Islam. Melaka semasa zaman
kekuasaan
Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan
Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak,
Johor, Bangkalis dan lain-lain.
Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan
mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Begitu juga dengan penaklukan Demak
ke atas Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan pedalaman
Pulau Jawa itu.
Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad
16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di
Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di
daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa
kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah
jajahannya itu di Tanah Jawa.
Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah
oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah
ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit
bertukar menjadi sebuah negara Islam.
Di samping itu
seperti yang diperkatakan sebelum ini, kesetiaan rakyat Melayu (penduduk Asia
Tenggara) kepada raja telah menyebabkan mereka dengan mudah memeluk Islam.
Perkara ini turut jelas dapat dilihat di Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit
dan mengambil alih pemerintahan kerajaan Jawa yang teragung itu, hampir seluruh
penduduk kawasan itu memeluk Islam. Golongan yang tidak mahu menerima Islam
telah melarikan diri ke Bali dan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan
Islam. Mereka memeluk Islam bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut
agama orang yang memerintah mereka.
6.0 Peranan Pusat Kebudayaan
Kesusasteraan
juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam Melayu sebagai bahasa perhubungan
utama. Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih
mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal
ini memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan
dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Menjelang
abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah
menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri.
Peperangan untuk merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering
sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan porak peranda ini telah mengecewakan
segolongan masyarakat Islam ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini
berlaku akibat daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa
itu. Oleh itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan
hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu
telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai
bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa
Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu
dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu
terhadap ajaran Islam.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah
menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun
terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat
Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan
sebagainya begitu diminati oleh orang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan
kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan
Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera
seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai
jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan
takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau
Nusantara.
7.0 Peranan Mubaligh
Pendakwahan oleh
para ulama dan ahli-ahli sufi merupakan cara penyebaran Islam yang paling
meluas dan berkesan. Pendakwahan ini telah dijalankan sejak abad ke-8 M lagi.
Pada zaman Khalifah
Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), pengiriman pendakwah-pendakwah ke Asia
Tenggara telah giat dijalankan. Beliau berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan
Suwarnabhumi atau Melayu Jambi yang bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman
ialah seorang Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China
sebagai Shih-li-t-’o-pa-mo. Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya
itu mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon
baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan tentang agama Islam. Kerajaan
Majapahit bertukar nama kepada Sribuza Islam kemudiannya.
Sekitar tahun 820 M, sebuah rombongan mubaligh Mazhab Syiah yang
diketuai nakhoda khalifah telah sampai di Perlak. Rombongan itu telah berjaya
mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya sebagai
kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh itu pada peringkat awal
ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai utara Sumatera adalah Syiah.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam
kucar-kacir. Kerajaan Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di
bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di
antara kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau
dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam ang
beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat daripada umat Islam
yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh itu golongan ini telah
mengasingkan diri daripada orang ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang
mengamalkan tarikat dan tasawuf.
Ahli-ahli tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab untuk
menyebarkan agama Islam mengikut fahaman mereka. Merekalah yang memainkan
peranan penting dalam penyebaran agama Islam pada abad ke-13 M dan selepasnya
di Nusantara sekitar tahun 1260-an utusan dari Makkah yang dipimpin oleh
seorang ulama Sufi bernama Syeikh Ismail al-Siddiq datang untuk menyebarkan
Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau ikut serta seorang ulama sufi dari
Malabar India, bernama Fakir Muhammad. Mengikut Hikayat Raja-raja
Pasai dan Sejarah Melayu mereka telah menyebarkan
agama di Lamburi (Acheh), Perlak dan Pasai. Di Pasai juga telah didatangi ulama
seperti Syarif Amir Sayyid al-Syirazai dan Tajuddin al-Asfahani. Selain itu
para ulama yang menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri
daripada ahli sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan Maulana
Yusuf. Setiap ulama sufi sampai di Asia Tenggara mengajar agama secara formal
yang pada mulanya di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid atau
rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian telah berkembang menjadi
sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai pondok atau pensantren. Di
Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal daripada perkataanzawiyah).
Dengan adanya institusi-institusi pendidikan ini membolehkan agama Islam diajar
dengan lebih mendalam dan sempurna. Di samping itu, institusi ini juga telah
melahirkan ulama dan ahli-ahli sufi tempatan yang kemudian menggantikan ulama
luar menjalankan tugas menyebarkan agama Islam di kawasan ini. Dalam zaman
keagungan kerajaan Acheh pada abad ke-16 dan ke-17, telah lahir ulama sufi yang
terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani dan Abdul Rauf
Singkel. Di Jawa telah lahir ulama tasawuf yang terkenal yang dipanggil Wali
Songo. Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang berperanan menyebarkan
Islam di pulau itu.
8.0 Perasaan Anti Sistem Kasta
1)
Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan
status atau menekan konsep kasta.
2)
Masyarakat Hindu dibahagikan kepada taraf yang berbeza-beza
seperti:
·
Kasta tinggi (Brahmin)
·
Kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya)
·
Kasta rendah (Paria)
3) Ahli-ahli
sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang mendalam di
kalangan penganut Islam di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan
kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta.
4) Memeluk
agama Islam adalah cara yangberkesan untuk membebaskan mereka
dari berlenggu kasta.
9.0 Kesan Perang Salib
ü Perang
ini berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.
v Perang
Salib 1 (1096-1099M)
v Perang
Salib 2 (1147-1149M)
v Perang
Salib 3 (1189-1192M)
v Perang
Salib 4 (1240-1249M)
v Perang
Salib 5 (1218-1221M)
v Perang
Salib 6 (1228-1229M)
v Perang
Salib 7 (1240-1249M)
ü Akibat
dari perang salib, kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah
berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur.
ü Saudagar-saudagar
Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh mereka dengan
mengembangkan agama Islam.
ü Orang-orang
Kristian juga membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam
contohnya :
v Orang-orang
Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur.
ü Tujuannya
ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi
gagal,kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.
ü Orang-orang
Barat mulai menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.
ü Walau
bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar
luas dengan pelbagai cara.
Faktor saingan yang
berlaku berlaku di Asia Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong semangat
penyebaran agama Islam. Keadaan ini dianggap sebagai usaha untuk menahan
pengaruh agama Kristian.
10.0 Kesimpulan
Menjelang kurun ke-16, Melaka masih merupakan sebuah empayar yang gagah, makmur dan masyhur. Melaka telah meluaskan kuasa dan empayarnya dengan menakluki Perak dan beberapa negeri yang lain. Kegemilangan dan keunggulan Kerajaan Melaka berada di kemuncak semasa negeri itu berada di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak. Walau bagaimanapun kegemilangan itu tidak kekal lama apabila kerajaan Melaka menghadapi kemerosotan dan kejatuhan selepas kematian Bendahara Tun Perak. Kejatuhan empayar Melaka disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman yang menyebabkan empayar Melaka tersungkur ialah pemerintahan Sultan Mahmud yang tidak cekap, berlakunya permusuhan antara orang-orang Melayu Islam dengan orang-orang Tamil Islam, kegiatan perdagangan semakin merosot, kelemahan dalam sistem pertahanan dan sikap pembesarr yang tidak adil. Faktor luarannya ialah sikap ketidakjujuran pedagang asing dan kejatuhan Melaka disebabkan oleh penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.
Secara kesimpulannya, perkembangan zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak bergantung kepada kebijaksanaan pemerintahnya yang gigih merangka dan menyusun struktur serta strategi pentadbiran kerajaannya. Selain itu, masyarakat di zaman Kesultanan Melayu Melak tidak sukar untuk menerima sebarang perubahan dan pembaharuan yang membawa kepada kehidupan yang lebih maju. Kerajaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara , dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun perkembangan dan pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang mempelopori kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Secara kesimpulannya, perkembangan zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak bergantung kepada kebijaksanaan pemerintahnya yang gigih merangka dan menyusun struktur serta strategi pentadbiran kerajaannya. Selain itu, masyarakat di zaman Kesultanan Melayu Melak tidak sukar untuk menerima sebarang perubahan dan pembaharuan yang membawa kepada kehidupan yang lebih maju. Kerajaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara , dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun perkembangan dan pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang mempelopori kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
11.0 Rujukan
5)
http://pengajianmalaysia21.blogspot.my/2014/08/faktor-faktor-perkembangan-islam-di.html
6) http://ceritadamianoraini.blogspot.my/2012/12/perkembangan-kerajaan-kesultanan-melayu.html
6) http://ceritadamianoraini.blogspot.my/2012/12/perkembangan-kerajaan-kesultanan-melayu.html
7)
Normurni
Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali dan Mohamad Faizal Ahmat (2016). Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn.
Bhd., Percetakan Printpack Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.
1-
Langgan:
Catatan (Atom)